Merekabentuk dan membuat kabinet dapur adalah suatu perkara yang nampak mudah. Namun , untuk menghasilkan mutu hasil kerja yang berkualiti adalah sangat-sangat bergantung kepada kemahiran dan kesunggguhan dalam meneliti setiap inchi pembuatan. Peralatan dan mesin yang canggih belum pasti boleh menjamin hasil kerja yang jitu dan menepati sasaran. Idea, cerdas minda, guna akal adalah antara Tips asas untuk membuat mahupun dalam kerja-kerja memasang kabinet. Sikap ambil mudah dan cincai dalam membuat keputusan boleh membawa bencana dalam kerjaya dan industri perabut dan pertukangan kabinet.
Mengambil ukuran untuk design perabut :
Rekabentuk atau design kabinet dapur atau almari pakaian adalah bergantung pada saiz dan keadaan sesebuah ruang bilik berkaitan. Kedudukan tingkap, pintu dan kedudukan basin sinki juga turut mempengaruhi design dan rekabentuk sesebuah kabinet dapur. Terdapat sesetengah kabinet bawah ( base unit ) dapat direka berbentuk 'L' tetapi kabinet dindingnya ( wall unit ) hanya dapat direkabentuk lurus sahaja..Sepekara lagi, saiz table top dan saiz lantai bahagian dalam table top juga amat penting dan perlu diberi perhatian. Ianya turut mempengaruhi design dan teknik pembikinan dan pembuatan pintu kabinet dapur .Ada sesetengah kontraktor yang membuat table top tidak mengambilkira permasalahan ini. Untuk itu, gabungan kerja dan perkongsian pandangan serta pengalaman antara kontraktor membuat table top dan kontraktor yang membuat kabinet sangat-sangat perlu dan digalakkan.
Ada juga orang berpendapat, dalam konteks membuat kabinet dapur, sebaiknya ialah dengan cara mencari atau melantik kontraktor yang menyediakan kedua-dua perkara berkaitan table top dan kabinet.Sememangnya, sesetengah pengusha industri pembuatan kabinet dapur memiliki pasukan dan gabungan kemahiran dalam usha untuk mencapai matlamat dan kualiti pembuatan yang memenuhi piawaian.
Berbalik pada tips dan teknik pembikinan kabinet dapur, pada dasarnya, peralatan mesin berkaitan dan tempat atau ruangan bangunan untuk dijadikan tempat bengkel perabut adalah satu keperluan utama sebagai langkah awal untuk menjadi pengusha pengeluaran produk kabinet. Di zaman sekarang ini, kita telah didedah dan terdedah dengan pelbagai mesin berteknologi tinggi. Terdapat berbagai mesin berkaitan pemotongan samada dalam bentuk table saw, miter saw, jigsaw mahupun circular saw. Kesemua peralatan asas ketukangan ini perlu disediakan ( dibeli)
Kesemua peralatan tersebut adalah keperluan asas untuk sesbuah bengkel perabut. Secara ringkasnya, sekurang-kurangnya, sebagai pengusha perlu menyediakan modal awal RM10K - RM12K untuk tujuan tersebut.
Tempat dan ruangan untuk dijadikan bengkel adalah perkara asas yang ke dua yang perlu difikirkan. Bak kata orang ' nak berniaga apa pun perlu ada tempat.' Memilih tempat untuk kerja-kerja pembuatan kabinet ini perlulah bersesuaian dengan keadaan sekeliling.Untuk mengelakkan gangguan bising atau habuk, sebaiknya kita memilih kawasan perindustrian ringan yang telah dikhaskan. Pihak pengusha boleh juga memilih untuk mencari tempat lain bersesuaian dengan budget dan volum biznes..
Nanti saya sambung lagi ye..
Saya nak tanya tgh kabinet blh tak bagi fon number 📱 and kedai dekat mana
ReplyDelete